Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Tuesday, 18 December 2018

Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Tuesday, 6 November 2018

Isteri Untuk Disewa

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Wednesday, 17 October 2018

6x7 S2

In the new season of 6 x 7, the undertakers at Khidmat Fitrah are faced with more challenging cases like burial of a convict, a convert, a youth involved in a freak accident and they deal with issues linked with culture. With new characters like Herman, Zul and Suraya being introduced and internal trouble that is brewing, will Khidmat Fitrah’s business continue to shine or be on the brink of a takeover?

Tuesday, 2 October 2018

Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak.

Tuesday, 28 August 2018

Alamatnya Cinta

Menceritakan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkawinan dengan pelakon tersebut.

Wednesday, 27 June 2018

Janji Arissa

Arissa, now seeks to revenge Muhammad who left her mother Siti whilst pregnant with her. She sabotages his company and family’s happiness. She conspires with Fendi who has a personal agenda, and eventually tarnishes the image of AR Cosmetics.

Tuesday, 26 June 2018

Sejuta Rasa Buat Adelia

Mengisahkan seorang chef Adelia Naurah yang bekerja di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Tuesday, 15 May 2018

Rahsia Hati Perempuan

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Tuesday, 10 April 2018

Mr Grey

Mengisahkan Mr. Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Thursday, 5 April 2018

Aduh Bibikku S2

4 domestic helpers faces challenges in adapting to their employers’ ways. As they try to solve problems, they become more embroiled in their employers’ lives. While they complete their chores, they still yearn for friendship, their dreams and affection.

Tuesday, 13 March 2018

Tak Ada Cinta Sepertimu

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Tuesday, 16 January 2018

Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Wednesday, 3 January 2018

Kisah Tok Kadi S2

Kisah Tok Kadi is a light-hearted drama series that revolves around the life of a popular newly-married wedding solemniser, Shahrul. As a newly married man, Shahrul has to go through a time of adjustments. And in his workplace, he also has to adjust to having a new understudy Kadi, Ustad Kamil.

Monday, 27 November 2017

My Coffee Prince

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Saturday, 4 November 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Merupakan sebuah rancangan Sitkom komedi pertama yang disiarkan secara langsung. Menampilkan 4 orang pelakon komedi tetap dan diserikan dengan tetamu jemputan.

Monday, 30 October 2017

Gegar Vaganza S4 2017

Gegar Vaganza kembali lagi dengan musim ke 4. 12 bintang tanah air kembali bertanding di pentas GV 4 untuk menyerlahkan kehandalan masing-masing. Dihoskan Jihan Muse & Nabil Ahmad.

Monday, 23 October 2017

Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Wednesday, 18 October 2017

6 X 7

6x7 is a light hearted family drama series that revolves around the life of Farid , a successful 40 year old who is carefree , engaged to an equally successful partner, Suzana. Woven into the storyline is one man’s desire of not giving up when faced with adversity and his personal struggle of being unmarried at 40 and starting a relationship at a mature age, where building a family would provide additional challenge. But this is one man who turns adversity into opportunities to do better in life even in difficult times. At the age of 40, he changes from being a carefree person to one who is dedicated to a calling.

Thursday, 5 October 2017

Syurga Ibu

Syurga’s family members thinks that they know their family best . When secrets from the past surfaces , the family is in turmoil threatening to break them apart .

Sunday, 24 September 2017

Awak Suka Saya Tak

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Monday, 4 September 2017

AF Megastar 2017

Program terbaru Astro, AF Megastar akan akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan. Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru terbitan Astro, AF Megastar. "Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada konsert minggu kedua. Persembahan ala prelude ini diberi nama Konsert AF Homecoming.

"Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, 12 peserta yang layak untuk mara ke minggu ketiga akan diumumkan.

"Bermula pada minggu ketiga, setiap peserta terpilih akan berentap hinggalah ke minggu kelapan sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai juara dan menggalas gelaran AF Megastar,".

Persembahan peserta akan diadili oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat. Seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu persembahan.

Bagi konsert prelude, pemarkahan adalah daripada juri profesional sepenuhnya, manakala pada konsert mingguan, sebanyak 60 peratus markah finalis adalah daripada juri profesional, manakala 40 peratus lagi hasil undian SMS dan secara online.

Difahamkan, tiada tenaga pengajar disediakan penganjur bagi program istimewa ini memandangkan semua peserta sudah bergelar penyanyi profesional.

Sama seperti program Gegar Vaganza, peserta bakal diberikan lagu mengikut tema disediakan bagi setiap minggu pertandingan.

Duda Pujaan Dara

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Tuesday, 1 August 2017

My Darling Inspektor Daniel

Kisah Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Dia bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya. Sementara itu, Maya paranoid apabila "stalker" mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat menyebabkan Inspektor Hannah mula cemburu.

Wednesday, 26 July 2017

Super Spontan Upsize S2

Super Spontan Upsize 2 is the continuation of the Spontan series, improvisational comedy that captures spontaneous jokes and hilarious antics through a fresh game show format. In Super Spontan Upsize 2 the players will compete, facing elimination each week. Apart from the comedic content, our comedians from both countries, Singapore and Malaysia work together in producing quality content of high entertainment value like never before. The unstoppable combination of Malaysian and Singaporean artistes will provide a beyond-entertaining treat for all the viewers.

Thursday, 6 July 2017

Gunting The Movie

Salihin has to close his barber shop as his diabetes worsens. His estranged son, Taufik, who went against Salihin’s wishes to pursue his passion to become a hairstylist, returns home to look after him. Unwilling to let his father’s 40-year legacy disappear, Taufik and his childhood friend Hisyam, decide to open “Salihin & Sons” – a gentleman’s barber shop in the HDB heartlands. Together with a spunky contractor Adi, an enterprising assistant Huda (Hisyam’s younger sister), the two young men turn their vision into reality. The two entrepreneurs expand their business beyond their brick and mortar shop, by digitalising their services and developing their own line of beard and hair care products to sell overseas.

Menantu International S2

Meet the extended Menantu International family 4 years later. Mel and Bryan now have a lovely 4 year old daughter, Eliza. Mel is a kiasu mum who wants only the “best” for Eliza while Bryan experiences mid-life crisis. Melissa has paid off Khalid’s debts and starts a new life with a new home, new job and new suitor. She continues to struggle as a single mum to two teen daughters, Hana and Hani. Happy and Firman are trying for a baby, with unwanted interferences from Jamaliah. Meanwhile Aman wants to live healthy after his close friend dies suddenly.

Tuesday, 4 July 2017

Mencintaimu Mr Photographer

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!” Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta?

Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

Tuesday, 27 June 2017

Menantu International Nak Raya

Aman and Jamaliah’s family, face new challenges this Ramadan & Raya. Happy finds her first fasting tough. Melissa’s daughters are spending their Hari Raya without their father for the first time. Mel is 7 months pregnant and Bryan is worried that Mel is fasting during her pregnancy.